•  
  • RM100K Dengan Ebook

    Anda sudah biasa dengar orang buat duit sehingga 6 angka sebulan dengan hanya menjual ebook, tetapi apa tindakan anda? Tidak kah anda mahu ketahui rahsianya? Jangan biarkan diri anda tertanya-tanya lagi! Korek rahsia ini sekarang!


  •  

Langgan Blog Ini

Langgan melalui feed RSS
Apa itu RSS?

Langgan Melalui Email

Kami hormati privasi anda.
Featured Post

Kad Hari Raya Online

By khai M. On September 7, 20103 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian,

Sedar tak sedar, kita seluruh umat islam di malaysia sudah hampir ke penghujung Ramadhan dan akan bermulanya Bulan Syawal pada beberapa hari sahaja lagi. Sememangnya mencetuskan fenomena di mana-mana tempat anda berada. Tetapi, pada saya tempat yang paling meriah sekali apabila tiba musim perayaan adalah di jalan raya. Ya, saya tak perlu terangkan sebabnya kerana anda pasti tahu kenapa.. huhuhu..

Okaylah sebelum kita berborak pasal tajuk post pada kali ini, saya nak beritahulah kepada anda tentang perkembangan khainimis.com iaitu nama blog yang anda baca sekarang ini. Kalau anda lihat post-post atau artikel-artikel di blog ini, bermula dari artikel hari raya tahun lepas, sehinggalah post yang anda baca sekarang, memang tak sampai sepuluh pun. Ramai juga yang hantar email bertanyakan kepada saya, bila nak post artikel baru di blog? terima kasihlah kepada mereka yang ‘caring’ tentang blog ini.

Bukan saya dah malas sebenarnya nak post artikel di blog ini. Sebenarnya sebab saya terlalu banyak sangat blog yang saya nak uruskan, dan jadinya blog ini sedikit terabai. Kadangkala saya hanya login blog ini dan mengemaskini ‘wordpress version’ dan ‘plugins’ sahaja. Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya terangkan tentang perkembangan semasa blog ini (walaupun tak pernah kembang pun.. hehe..). Insya’allah selepas ini saya akan kembali aktif melakukan kemaskini artikel blog ini.

Kad Hari Raya Online.

Berikut adalah koleksi Kad Hari Raya Online yang anda boleh gunakan untuk di hantar ke kawan-kawan anda melalui email, myspace, twitter, facebook dan sebagainya. Sebenarnya ketiga-tiga kad raya online di bawah adalah sama sahaja, yang membezakannya hanyalah warna. Dan kalau anda perasan, koleksi pantun raya setiap negeri yang terpapar pada kad tersebut telah saya gunakan kembali dari kad raya online versi tahun lepas. Ya, sememangnya pada tahun ini sekali lagi kad raya tersebut mengikut konsep satu malaysia.

Kad Raya Satu Malaysia Biru

"Kad Raya Satu Malaysia"

Kad Raya Satu Malaysia Hijau

"Kad Raya Online Satu Malaysia"

Kad Raya Satu Malaysia Merah

"Kad Raya Online Satu Malaysia"

Kad Raya Satu Malaysia Jingga

Kad Raya Online Satu Malaysia

**Untuk mendapatkan saiz sebenar kad raya tersebut, Klik sahaja pada gambar kad raya online yang anda mahukan. Kemudian, ianya akan membawa anda ke lokasi sebenar imej tersebut berada. Anda boleh download dengan saiz sebenar di sana.

Atau anda boleh download keseluruhan Kad Raya Online di atas melalui link di bawah:

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Selamat Hari raya Semua

Akhir sekali, Saya mewakili semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dengan proses perkembangan blog ini, ingin memohon ampun dan ma’af sekiranya terdapat kesalahan yang kami lakukan samada secara sedar atau tidak disedari. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 bersamaan 1431H.

Dan bagi sesiapa yang balik kampung tuu.., tolonglah hati-hati di jalan raya yer.. Terima kasih.

Recent Posts

9 Tips Hebat Meningkatkan Jualan Secara Mendadak

By khai M. On April 22, 2010 View Comments

Artikel kali ini lebih kepada cara melakukan promosi hebat ke atas jualan, khas untuk para peniaga yang melakukan pemasaran online. Ini adalah rahsia besar yang biasa digunakan oleh para pemasar internet yang telah berjaya memasarkan produk mereka secara besar-besaran. Pastikan anda tidak terlepas untuk membaca tips hebat ini.

1.  Prospek memiliki produk anda.

Buatkan pembaca atau prospek anda merasa seolah-olah mereka telah memiliki produk anda melalui penulisan iklan anda. Katakan kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan produk yang anda sedang pasarkan serta nyatakan sekali kesan atau manfaat yang akan diterima oleh pembeli apabila memiliki produk yang anda pasarkan. Mereka pastinya akan menjadi emosional dan tidak sabar-sabar untuk memiliki produk yang anda promosikan.

2. Jangan buat iklan anda nampak seperti iklan.

Semua orang termasuk saya sendiri pun menyampah dengan iklan. Nampakkan iklan anda seolah-olah seperti artikel atau cerita yang menarik untuk dibaca . Dengan cara ini, ianya akan meningkatkan lagi peratusan pengunjung atau pembaca iklan anda untuk terus membaca apa yang sedang anda promosikan tanpa mereka sedari bahawa ianya adalah iklan.

Klik sini untuk baca selanjutnya


Definisi Pemasaran Affiliate yang Sebenar

By khai M. On March 23, 2010 View Comments

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan internet pastinya tahu apakah yang dimaksudkan pemasaran affiliate dan tentang cara melakukanya. Namun, bagi mereka yang mahu menjana pendapatan secara online tetapi baru sahaja menyertai bidang ini pastinya mereka kurang pengetahuan tentang erti kata sebenar pemasaran affiliate ini. Pemasaran Affiliate pada saya adalah salah satu bidang yang harus diterokai dahulu oleh mana-mana newbie sebelum mereka melangkah jauh lagi dalam bidang perniagaan internet yang lain.

Definisi pemasaran affiliate adalah pemilik laman web atau individu ( Peserta Affiliate ) mempromosikan produk online orang lain (Pemilik Produk) untuk mendapatkan komisen. Dalam model perniagaan ini, peserta affiliate menghasilkan wang dengan mempromosikan produk yang dimiliki oleh pemilik produk dengan cara menempatkan iklan di laman web atau promosi terus.

Klik sini untuk baca selanjutnya


5 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Tidak Berjaya Menguasai Minda

By khai M. On February 2, 2010 View Comments

kuasa-minda-andaUntuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda. Buat pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda.

Berdasarkan kenyataan diatas, maka tidak dapat dinafikan bahawa minda adalah asas bagi mencetus kejayaan dalam diri. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, ianya tetap berkait rapat dengan minda. Dalam entri ini, saya akan dedahkan anda 5 tanda yang menunjukkan bahawa anda gagal menguasai minda anda.

Klik sini untuk baca selanjutnya


Mengapa Saya Memilih Perniagaan Internet?

By khai M. On December 26, 2009 View Comments

Perniagaan Bertaraf Global

Tajuk di atas adalah soalan yang sering diajukan kepada saya daripada kawan-kawan saya sebaik sahaja mereka bertanyakan tentang pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Dan disebabkan itulah soalan tersebut menjadi tajuk artikel saya pada kali ini. Soalan di atas juga boleh diajukan pada diri sendiri, untuk sesiapa yang masih lagi kurang jelas tentang bagaimana struktur perniagaan internet ini berjalan. Saya harap artikel ini dapat membantu anda.

Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding perniagaan offline? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan internet amat mudah dan cepat untuk di mulakan.

Klik sini untuk baca selanjutnya


Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate oleh Zamri Nanyan

By khai M. On November 15, 2009 View Comments

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidap anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Klik sini untuk baca selanjutnya