Buat Duit Di Internet – 5 Perkara Penting yang Perlu ada Untuk Buat Duit Online
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, artikel ini khas untuk mereka yang baru sahaja hendak bermula dan juga kepada anda yang sudah menceburi bidang perniagaan internet, tetapi masih gagal menjana RM1 pertama di internet.
Kemungkinan soalan ini berada di kepala anda sekarang;
Benarkah boleh buat duit melalui internet?mengarut betul..
RM1000 dalam masa seminggu? Tak logik laa..
Duduk rumah jer boleh buat bisness?
Jangan biarkan soalan kuno di atas menguasai fikiran anda. Buat duit di internet sememangnya logik untuk dipraktikkan. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memulakan misi anda menjana wang di internet.
1. Tetapkan ‘Mindset’ yang betul – Ianya adalah perkara yang asas yang anda perlu ada. Mindset yang salah adalah anda hanya memikirkan wang akan masuk dengan laju ke akaun bank anda sebaik sahaja memulakan perniagaan internet. Jika ini menjadi fokus anda apabila melangkah perniagaan internet, kemungkinan anda akan kecewa. Mindset yang betul adalah anda perlu fokus bagaimana memastikan perniagaan internet yang bakal anda jalankan ini akan Berjaya.
2. Produk untuk dijual – Tidak semestinya anda perlu ada produk sendiri untuk dijual. Ada juga orang yang menjual produk bagi pihak orang lain tetapi mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Jika anda mempunyai produk sendiri lagi bagus, tetapi jika tiada produk sendiri, cuba dapatkan produk orang lain untuk di jual. Perkara penting di sini adalah belajar bagaimana untuk menjual atau memasarkan produk tersebut supaya berjaya terjual di internet.
3. Dapatkan Teknik – Jika anda masih baru dalam perniagaan internet, maka anda memerlukan satu teknik pemasaran online dan belajar bagaimana menguasai teknik tersebut untuk di aplikasikan ke atas pemasaran produk anda.
4. Kumpul prospek – Perkara ini mungkin sedikit sukar bagi sesiapa yang baru memulakan perniagaan internet. Mereka yang menjana pendapatan beribu-ribu di internet biasanya mempunyai senarai propek yang ramai dalam bentuk senarai email. Bayangkan jika anda mempunyai 5000 senarai email, anda hanya perlu mempromosikan produk anda kepada senarai ini sahaja untuk mendapatkan jualan.
5. Dapatkan Mentor – Sememangnya sangat sukar jika anda belajar sesuatu perkara yang baru tanpa bantuan atau bimbingan seorang mentor atau guru. Jadi, dapatkan mentor yang anda percaya dan pakar dalam bidang perniagaan internet untuk membimbing anda membina perniagaan internet anda.
Kesimpulan.
Jika anda benar-benar mahu mengecapi kejayaan seperti apa yang and abaca di email, akhbar atau sebagainya. Cepat bertindak itu adalah penting. Pastikan anda rujuk perkara yang seperti saya terangkan di atas sebagai tindakan anda.










