Definisi Pemasaran Affiliate yang Sebenar

| March 23, 2010 | Comments (8)

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan internet pastinya tahu apakah yang dimaksudkan pemasaran affiliate dan tentang cara melakukanya. Namun, bagi mereka yang mahu menjana pendapatan secara online tetapi baru sahaja menyertai bidang ini pastinya mereka kurang pengetahuan tentang erti kata sebenar pemasaran affiliate ini. Pemasaran Affiliate pada saya adalah salah satu bidang yang harus diterokai dahulu oleh mana-mana newbie sebelum mereka melangkah jauh lagi dalam bidang perniagaan internet yang lain.

Definisi pemasaran affiliate adalah pemilik laman web atau individu ( Peserta Affiliate ) mempromosikan produk online orang lain (Pemilik Produk) untuk mendapatkan komisen. Dalam model perniagaan ini, peserta affiliate menghasilkan wang dengan mempromosikan produk yang dimiliki oleh pemilik produk dengan cara menempatkan iklan di laman web atau promosi terus.

Cara ini boleh dikatakan ‘win-win situation’ kerana dari sudut peserta affiliate, mereka akan mendapat komisen walaupun tidak memiliki produk yang dipromosikan dan juga tidak perlu memikirkan untuk memberikan sokongan tambahan kepada pembeli produk. Manakala dari sudut pemilik produk pula, mereka juga mendapat hasil jualan dari produk yang mereka keluarkan tanpa perlu melakukan kegiatan promosi yang keras untuk memasarkan produk mereka.

Peserta Affiliate boleh membuat duit dalam pemasaran affiliate melalui 3 cara utama:

1. Pay-per-klik. Peserta affiliate mendaftar dengan mana-mana laman web program pengiklanan untuk mendapatkan kod iklan dengan IDnya. Kemudian peserta affiliate akan meletakkan kod iklan tersebut ke laman web miliknya. Dan apabila pelawat laman webnya klik ke atas iklan yang diletakkanya tadi, peserta affiliate tersebut akan mendapat komisen.

2. Komisen-per-penjualan. Peserta affiliate akan mendapat komisen bagi setiap jualan yang berlaku melalui promosi yang dilakukan menggunakan link affiliatenya. Komisen yang ditawarkan amat lumayan kerana kebiasaanya ianya adalah daripada 50% dari harga jualan atau lebih.

3. Pay-per-lead. Adalah program yang di anjurkan oleh pemilik sesuatu produk atau ebook yang akan diberikan percuma. Tujuannya adalah untuk mengumpul email prospek. Peserta affiliate akan mempromosi ebook percuma ini dan apabila ada seseorang yang mendaftarkan emailnya untuk mendapatkan ebook tersebut, peserta affiliate tadi akan mendapat komisen.

Kesimpulannya, Pemasaran Affiliate adalah salah satu cabang perniagaan internet yang amat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu memilih model program affiliate yang sesuai dengan anda, Promosikan link affiliate anda di mana-mana sahaja secara online Kemudian anda akan mendapat bayaran. Elemen yang paling penting untuk mendapatkan komisen adalah :-

1. Promosi

2. Target Pasaran

3. Kesungguhan

Kepada seseorang yang newbie, pastinya agak perit dan mungkin terasa sangat suash untuk menghasilkan jualan melalui affiliate ini. Sebab itulah fokus kepada 3 elemen di atas sehingga berjaya dan saya percaya, pastinya pengalaman mendapat komisen atau jualan yang pertama adalah sesuatu sesuatu perasan gembira yang sukar dilupakan.

Tags: , , , ,

Category: featured, Tips Perniagaan

About Khai: View author profile.

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Rodrigo Mellors says:

    any recommendations for an affiliate program. Which one pays the quickest?

  2. Khai M. says:

    for international affiliate program, I recommended you join Clickbank or Commission Junction

  3. buy diflucan says:

    I liked it. So much useful material. I read with great interest.

  4. yushjas says:

    Pertama kali singgah di sini. Banyak tips yang menarik dan bermanfaat. Syabas

  5. amat disyorkan pada mereka yg nak buat duit di internet jadi agen affiliate dulu kerana semuanya tersedia – produk,website, free emel,facebooking, twitting, dll

  6. Khai says:

    for international affiliate program, I recommended you join Clickbank or Commission Junction

  7. Azeri says:

    Satu mesej bermotivasi buat saya untuk melakukan program affiliate dengan cara memberi fokus kepada 3 elemen yang telah dikongsikan.

    1) Promosi
    2) Target Pasaran
    3) Kesungguhan.

    Terima kasih saudara Khai. Termotivasi balik.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge