Duit PayPal Sudah Boleh Dikeluarkan Ke Akaun Bank Malaysia | Belajar Perniagaan Internet | Panduan Mencari Peluang Perniagaan

 Powered by Max Banner Ads 

Duit PayPal Sudah Boleh Dikeluarkan Ke Akaun Bank Malaysia

Berita Baik

Setelah sekian lamanya menunggu, akhirnya kini kita boleh memindahkan wang PayPal terus ke dalam akaun kita di bank-bank tempatan. Ini pastinya satu berita yang baik bagi para IM tempatan yang giat melakukan transaksi di PayPal. Saya dapat tahu berita ini secara tidak sengaja apabila saya mahu memindahkan wang PayPal ke kad debit saya seperti biasa yang saya lakukan setiap hujung bulan, tetiba sahaja saya terkejut sedikit apabila terdapat paparan menu baru untuk mengeluarkan wang ke akaun bank di Malaysia. Saya terus sahaja menggunakan alternatif tersebut untuk mengeluarkan wang PayPal saya. Saya kongsikan di sini pengalaman pertama saya mengeluarkan wang PayPal ke dalam akaun bank tempatan saya.

Cara Mengeluarkan Wang PayPal Ke Dalam Akaun Bank

1. Login ke akaun PayPal anda. Kemudian klik pada Withdraw seperti yang dibulatkan pada gambar di bawah.

71

Seperti yang anda lihat pada bahagian Cost, caj akan dikenakan Sebanyak RM3 jika pengeluaran yang anda buat kurang daripada RM400 dan tiada caj dikenakan jika amaun yang anda keluarkan lebih dari RM400. Sememangnya sesuatu yang menjimatkan kerana anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang PayPal ke kad Debit yang mengenakan caj RM20 setiap transaksi. Klik pada Withdraw to your bank account untuk meneruskan proses pengeluaran.

1

2. Untuk kali pertama melakukan pengeluaran ke akaun bank, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat akaun bank yang anda mahu gunakan untuk untuk transaksi ini. Lengkapkan ruangan seperti di atas dengan maklumat nama yang sama dengan akaun PayPal anda. Jadi, jika nama pemegang akaun PayPal ini adalah nama anda, maka anda perlu memaksukkan maklumat bank akaun dengan nama anda juga. Tidak boleh gunakan nama yang lain.

Untuk bahagian Bank name dan MEPS bank routing code, klik pada Detail seperti yang dibulatkan merah di atas untuk melihat senarai nama bank di Malaysia beserta dengan swift/routing code sekali. Selepas itu anda masukkan no. akaun bank anda dengan betul sebanyak 2 kali dan klik Continue.

Selepas proses memasukkan akaun bank anda telah selesai, anda akan dibawa ke ruangan untuk anda tentukan nilai wang yang anda mahu keluarkan. Ruangan tersebut adalah seperti di bawah.

pp3

3. Klik Continue selepas anda masukkan amaun yang anda mahu keluarkan. Kemudian akan tertera mesej seperti di bawah untuk anda menyemak semula amaun yang telah anda tentukan. Seperti yang anda lihat di bawah, amaun tadi telah siap siap di tukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) dan jumlah inilah yang akan anda terima kelak. Sekiranya sudah pasti maklumat tersebut, Klik Submit.

pp4

4. Sekarang anda hanya perlu tunggu beberapa hari untuk wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda. Pada hari saya membuat transaksi ini adalah pada 30 Oktober 2009 iaitu pada hari sabtu dan wang tersebut telah saya terima ke akaun bank saya pada 4 Oktober 2009 hari rabu. Proses tersebut mengambil masa 3 hari bekerja (tolak Sabtu dan Ahad).

pp5

Jadi, itulah pengalaman saya mengeluarkan wang PayPal terus ke akaun bank untuk kali pertama. Saya dalam proses menyiapkan ebook percuma tentang panduan untuk memaksimakan akaun PayPal. Jadi pastikan anda sentiasa jenguk atau subscribe blog ini jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan akaun PayPal ini.

Rating 4.75 out of 5
Artikel Lain yang Berkaitan :
  • No Related Post

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini atau dapatkan makluman artikel terkini terus ke emel. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma):

Delivered by FeedBurner

Leave a Reply

Sila Baca Sebelum Menghantar Komen

Pastikan komen anda menepati panduan yang kami tetapkan di bawah:

  • Penggunaan keyword sebagai Nickname tidak dibenarkan
  • Jangan letakkan link di dalam komen anda
  • Gunakan bahasa yang elok

Komen yang tidak menepati panduan di atas akan dipadam atau dianggap SPAM.