Kad Hari Raya Online
Salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian,
Sedar tak sedar, kita seluruh umat islam di malaysia sudah hampir ke penghujung Ramadhan dan akan bermulanya Bulan Syawal pada beberapa hari sahaja lagi. Sememangnya mencetuskan fenomena di mana-mana tempat anda berada. Tetapi, pada saya tempat yang paling meriah sekali apabila tiba musim perayaan adalah di jalan raya. Ya, saya tak perlu terangkan sebabnya kerana anda pasti tahu kenapa.. huhuhu..
Okaylah sebelum kita berborak pasal tajuk post pada kali ini, saya nak beritahulah kepada anda tentang perkembangan khainimis.com iaitu nama blog yang anda baca sekarang ini. Kalau anda lihat post-post atau artikel-artikel di blog ini, bermula dari artikel hari raya tahun lepas, sehinggalah post yang anda baca sekarang, memang tak sampai sepuluh pun. Ramai juga yang hantar email bertanyakan kepada saya, bila nak post artikel baru di blog? terima kasihlah kepada mereka yang ‘caring’ tentang blog ini.
Bukan saya dah malas sebenarnya nak post artikel di blog ini. Sebenarnya sebab saya terlalu banyak sangat blog yang saya nak uruskan, dan jadinya blog ini sedikit terabai. Kadangkala saya hanya login blog ini dan mengemaskini ‘wordpress version’ dan ‘plugins’ sahaja. Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya terangkan tentang perkembangan semasa blog ini (walaupun tak pernah kembang pun.. hehe..). Insya’allah selepas ini saya akan kembali aktif melakukan kemaskini artikel blog ini.
Kad Hari Raya Online.
Berikut adalah koleksi Kad Hari Raya Online yang anda boleh gunakan untuk di hantar ke kawan-kawan anda melalui email, myspace, twitter, facebook dan sebagainya. Sebenarnya ketiga-tiga kad raya online di bawah adalah sama sahaja, yang membezakannya hanyalah warna. Dan kalau anda perasan, koleksi pantun raya setiap negeri yang terpapar pada kad tersebut telah saya gunakan kembali dari kad raya online versi tahun lepas. Ya, sememangnya pada tahun ini sekali lagi kad raya tersebut mengikut konsep satu malaysia.
Kad Raya Satu Malaysia Biru
Kad Raya Satu Malaysia Hijau
Kad Raya Satu Malaysia Merah
Kad Raya Satu Malaysia Jingga
**Untuk mendapatkan saiz sebenar kad raya tersebut, Klik sahaja pada gambar kad raya online yang anda mahukan. Kemudian, akan muncul ‘pop-up window’ yang memaparkan saiz sebenar gambar tersebut.
Selepas itu, untuk download gambar tersebut, hanya ‘right click’ pada ‘mouse’ anda, kemudian pilih option ‘Save Image As…’ dan klik ‘Save’ untuk simpan ke komputer anda.
Atau anda boleh download keseluruhan Kad Raya Online di atas melalui link di bawah:
Selamat Hari raya Semua
Akhir sekali, Saya mewakili semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dengan proses perkembangan blog ini, ingin memohon ampun dan ma’af sekiranya terdapat kesalahan yang kami lakukan samada secara sedar atau tidak disedari. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2010 bersamaan 1431H.
Dan bagi sesiapa yang balik kampung tuu.., tolonglah hati-hati di jalan raya yer.. Terima kasih.
Related posts:










lawa la kad raya ni!!!
Thanks.. share lh dgn kawan2 ok.. Selamat Hari Raya kepada saudara.. =)
Tahniah, hati anda mmg mulia. sharing Yr idea wth others..