Mengapa Saya Memilih Perniagaan Internet?

| December 26, 2009 | Comments (7)

Perniagaan Internet

 

Perniagaan Internet

Tajuk di atas adalah soalan yang sering diajukan kepada saya daripada kawan-kawan saya sebaik sahaja mereka bertanyakan tentang pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Dan disebabkan itulah soalan tersebut menjadi tajuk artikel saya pada kali ini. Soalan di atas juga boleh diajukan pada diri sendiri, untuk sesiapa yang masih lagi kurang jelas tentang bagaimana struktur perniagaan internet ini berjalan. Saya harap artikel ini dapat membantu anda.

Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding perniagaan offline? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan internetamat mudah dan cepat untuk di mulakan.

Saya mengambil contoh pengalaman kawan saya yang mahu memulakan perniagaan menjual handphone sebelum ini.Sememangnya banyak perkara yang perlu diambil kira semasa peringkat awal contohnya nak dapatkan kedai sewa, pembekal, pekerja dan hal-hal yang lain yang kadang kala merumitkan jika ada sesuatu masalah. Tetapi, untuk mulakan perniagaan internet ianya hanya memerlukan masa kurang daripada sehari untuk menguruskan sewa hosting, domain name atau kemungkinan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk mulakan perniagaan internet ini.

Berikut adalah antara sebab mengapa saya lebih sukakan perniagaan internet berbanding perniagaan offline. Antaranya:

  • Modal yang paling rendah untuk di mulakan. (Masa saya bermula dulu, saya gunakan modal hanya RM50 sahaja)
  • Tidak perlu dokumen yang remeh temeh untuk memulakan perniagaan ini.
  • Perniagaan Internet Bersifat global. Tidak tertumpu pada satu tempat sahaja.
  • Perniagaan Internet sentiasa berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi merundum
  • Sesiapa sahaja boleh mulakanya dari rumah, tidak perlu menyewa atau memiliki pejabat.
  • Kita berpeluangan mendapatkan pendapatan dalam matawang asing, walaupun hakikatnya kita di Malaysia.
  • Boleh bekerja bila-bila masa yang kita mahu
  • Perniagaan internet beroperasi sendiri 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun kita sedang tidur, bercuti, menonton wayang atau sebagainya.
  • Tidak perlu dengar suara Boss yang asyik membebel.;)

Ada banyak lagi sebenarnya mengapa Perniagaan Internet menjadi pilihan saya dan ‘Internet Marketer’ yang lain. Tapi, saya rasa sebab-sebab di atas sahaja sudah cukup membantu untuk sesiapa yang masih tertanya –tanya tentang konsep perniagaan internet ini.

Satu lagi perkara yang paling penting adalah, anda mesti tahu gaya jiwa anda. Perniagaan Internet, tetap juga salah satu bidang perniagaan yang memerlukan anda mempunyai Jiwa Bisness untuk menyertainya. Jika jiwa anda jenis lebih selesa untuk bekerja dengan orang, kemungkinan bidang perniagaan ini kurang sesuai dengan anda. Jadi, pastikan anda tahu apa yang anda mahukan. Sekian

Perniagaan Internet

Tags: , ,

Category: Tips Perniagaan

About Khai: View author profile.

Comments (7)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Salam,

    Semoga anda berjaya dalam bisnes internet.

    Bagi saya yang paling menarik ialah flexibiliy dari segi tempat dan masa bekerja.

  2. Thoha says:

    Salam bro khai..

    Saya ni masih baru untuk berjinak-jinak dalam perniagaan internet ni…
    Smoga kita semua beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang kita pilih..

  3. Khai M. says:

    @saudagarcyber- Ya.. sememangnya cara kerja flexible itulah yang menjadikan perniagaan internet itu satu bidang bisness yang istimewa.

    @Thoha- Sama-samalah kita mendalami ilmu perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh. Tidak kira samada kita baru atau lama, yang penting samada kita boleh bertahan lama atau tidak untuk bersaing dalam bidang ini.

  4. roberto says:

    abang khai bila nak lunch buku baru2 lagi?adik nak belajar dgn abg ar…

  5. perniagaan internet mmg fleksibel sebab kita cuma menguruskannya secara online, jadi kt mana2 pun boleh dilakukan

  6. rashdah says:

    Perniagaan memang menguntungkan dan mejimatkan tenaga serta masa. Yang penting usaha dan terus berusaha.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.Kita pasti boleh.Thanks

  7. rashdah says:

    Perniagaan memang menguntungkan dan mejimatkan tenaga serta masa. Yang penting usaha dan terus berusaha.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.Kita pasti boleh.Thanks

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge