Duit PayPal Sudah Boleh Dikeluarkan Ke Akaun Bank Malaysia
Berita Baik
Setelah sekian lamanya menunggu, akhirnya kini kita boleh memindahkan wang PayPal terus ke dalam akaun kita di bank-bank tempatan. Ini pastinya satu berita yang baik bagi para IM tempatan yang giat melakukan transaksi di PayPal. Saya dapat tahu berita ini secara tidak sengaja apabila saya mahu memindahkan wang PayPal ke kad debit saya seperti biasa yang saya lakukan setiap hujung bulan, tetiba sahaja saya terkejut sedikit apabila terdapat paparan menu baru untuk mengeluarkan wang ke akaun bank di Malaysia. Saya terus sahaja menggunakan alternatif tersebut untuk mengeluarkan wang PayPal saya. Saya kongsikan di sini pengalaman pertama saya mengeluarkan wang PayPal ke dalam akaun bank tempatan saya. Klik di sini untuk baca selanjutnya
Buat Duit Di Internet – 5 Perkara Penting yang Perlu ada Untuk Buat Duit Online
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, artikel ini khas untuk mereka yang baru sahaja hendak bermula dan juga kepada anda yang sudah menceburi bidang perniagaan internet, tetapi masih gagal menjana RM1 pertama di internet.
Kemungkinan soalan ini berada di kepala anda sekarang;
Benarkah boleh buat duit melalui internet?mengarut betul..
RM1000 dalam masa seminggu? Tak logik laa..
Duduk rumah jer boleh buat bisness?
Jangan biarkan soalan kuno di atas menguasai fikiran anda. Buat duit di internet sememangnya logik untuk dipraktikkan. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memulakan misi anda menjana wang di internet.
Klik di sini untuk baca selanjutnya
Tips Pemilihan Hosting
Apa itu Hosting?
Mengikut sumber yang disediakan oleh laman web Wikipedia, hosting bermaksud satu ruangan khas yang ditempatkan di dalam di dalam web server ataupun pelayan web yang disediakan oleh syarikat pembekal servis ini. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Kebiasaannya Web Server atau ada juga yang memanggilnya Data Center yang terkenal terletak di luar Negara. Di Malaysia juga telah ada syarikat yang menyediakan Web Server. Klik di sini untuk baca selanjutnya
Pantun Hari Raya Setiap Negeri

Copy dan Paste Code di bawah dan kongsikan pantun raya di atas bersama kawan-kawan anda di Friendster, MySpace, Blog dlln
Koleksi Pantun Hari Raya Bagi Setiap Negeri
![]()
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba kepada semua pengunjung dan pembaca khainimis.com yang beragama Islam dan selamat bercuti panjang kepada semua ahli.
Kepada sesiapa yang balik kampung, sekiranya anda akan berjalan jauh pada musim perayaan ini, pastikan yang anda berhati-hati semasa berada di jalanraya. (Perayaan Bukan Hari Untuk di Tangisi okay..)
Perayaan pada tahun ini berbeza sedikit dari perayaan sebelum ini di mana saya juga perlu mengalami perjalanan balik kampung seperti anda semua. Tetapi tahun ini, saya memang dah sedia ada di kampung saya dan semestinya saya merindui suasana balik kampung yang saya alami sebelum ini.
Kepada pembaca blog ini, saya ingin meminta maaf kepada anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau keterlanjuran yang telah saya lakukan terhadap anda selama saya berkomunikasi dengan anda sepanjang tahun ini.
Salam hormat daripada saya dan keluarga.
Good Bye & Welcome Back Khainimis.com!!
Salam Sejahtera,
Setelah menghadapi pelbagai masalah untuk mengupdated blog dan membalas komen-komen pelawat yang mengunjung ke blog ini, akhirnya saya mengambil keputusan untuk ‘re-format’ semula keseluruhan kandungan blog ini. Saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi sebelum ini.
Ianya berpunca apabila saya membuat perpindahan dari ‘hosting provider’ yang lama ke yang baru. Maklumlah, saiz hosting yang lama sebelum ini sangat terhad memandangkan kandungan fail yang saya ada sekarang telah semakin banyak.
Mungkin disebabkan kesilapan saya semasa membuat perpindahan tersebut telah menyebabkan fail-fail penting yang terdapat di dalam wordpress saya telah rosak. Dan saya cuba nak membuat ‘back up’ tetapi telah terlambat. Post-post yang lama cuma sempat saya cekup sikit sahaja, yang lain lenyap terus.
Kepada sesiapa yang telah memberikan komen di blog saya sebelum ini, amat saya hargai dan saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen anda pada waktu tersebut kerana masalah yang saya hadapi ketika itu. Post-post sebelum ini akan saya cover semula sedikit demi sedikit.
Saya terpaksa ‘back up’ secara manual kerana sekarang saya telah menggunakan ‘wordpress’ versi yang berbeza dengan versi sebelum ini. Takut-takut akan berlaku ‘error’ jika di ‘back up’ secara terus.
Apa-apa pun saya akan berusaha memberikan post-post yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama okay..











